Wednesday, October 29, 2008

aktiviti sktku

Latar belakang sekolah

a. Sejarah Sekolah

SK Taman Klang Utama telah diasaskan pada 1 Julai 1995 dengan nama Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama. Nama sekolah ini diperolehi dari nama taman perumahan dimana lokasi sekolah dibina iaitu Taman Klang Utama. Kawasan sekolah ini terletak dalam pentadbiran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Batu Empat, Mukim Rantau Panjang, Daerah Klang. Pada awalnya sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan empat tingkat mengandungi pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik gerakan, bilik SPBT, maklmal sains, bilik kokurikulum, bilik akademik, bilik pusat sumber, bilik muzik, bengkel Kemahiran Hidup, bilik klinik, stor sukan, surau dan bilik-bilik darjah . Bangunan kantin merupakan bangunan yang berasingan.




Pada permulaan operasi, seramai 507 orang murid yang tinggal di kawasan Taman Klang Utama, Taman Cempaka Sari 1, 2 dan 3 telah dipindahkan ke sekolah ini. Sebelumnya murid-murid ini bersekolah di SK Rantau Panjang, SK Batu Belah , SK Jalan Meru 1 dan SK Jalan Meru 2. Sejumlah 12 kelas telah diwujudkan untuk menampung murid-murid tersebut dengan guru seramai 19 orang.


Selepas itu berlaku peningkatan bilangan murid, kelas dan guru yang agak ketara tetapi selepas tahun 1999, bilangan ini menjadi turun naik.

klik maklumat terperinci di sini:

http://www.mediafire.com/?3mzaqfmjml2 graf & sejarah pentadbir sktku

http://www.mediafire.com/?mb02xuudgmt pelan sktku